BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 18, 2011

TUNGKU HERBA

 
Tungku Herba




        Di ilhamkan dari amalan tradisi masyarakat Thai, yang menggunakan beberapa ramuan herba yang dipanaskan melalui kaedah mengewap (steam) lalu dituam ke badan bagi memberikan kesihatan yang lebih baik terutamanya bagi ibu yang baru lepas bersalin.

   Tungku Herba dibungkus menggunakan kain cotton yang mengandungi campuran herba seperti halia bara (plai), kunyit, limau purut, serai wangi dan lain-lain. Semua herba tersebut telah digunakan turun temurun dalam perawatan tradisional hampir diseluruh Asia Tenggara seperti Malaysia , Indonesia dan Thailand . Ramai yang mengetahui khasiat `bertungku` tetapi sukar hendak dipraktikkan kerana ketiadaan batu yang sesuai, tidak tahu cara membakar & jenis-jenis daun yang digunakan untuk membalut tungku, dan sebagainya.


Kegunaan :
• Memanaskan perut untuk mempercepatkan pengecutan rahim dan melancarkan pengeluaran darah kotor.
• berfungsi sebagai `batu tungku` yang mudah dan ringkas.
• Memanaskan badan untuk melonggarkan otot tegang, melancar perjalanan darah.



Kaedah pertama:
• Ambil periuk kukus atau periuk nasi elektrik yang berkukus dan masukkan air setengah periuk.
• Letakkan 1 bungkus Pek Tungku Herba di atas pengukus tersebut. Biarkan antara 10 - 15 minit (mengikut tahap kepanasan yang dikehendaki)
• Keluarkan pek tungku herba. Pek Tungku Herba yang sedang panas tadi dilap dengan tuala bagi mengurangkan basah wap, kemudian dituam secara cepat di perut.
• Setelah kadar panas agak selesa barulah ditungku dengan tempoh masa yang lebih lama di bahagian badan bagi memastikan khasiat herba terserap ke dalam badan.
• setelah tungku sejuk ulang cara bertungku yang sama.
• Rawatan bertungku disyorkan dilakukan pada waktu pagi dan petang selama 2 minggu atau sehingga habis tempoh berpantang.


Kaedah kedua :
Tungku herba boleh juga dipanaskan menggunakan seterika dengan menekap permukaan tungku herba di bahagian permukaan seterika. Apabila cukup panas (mengikut tahap kepanasan yang dikehendaki) tuam pada bahagian perut . Keringkan dan simpan didalam peti sejuk untuk ketahanan jangka panjang. Boleh digunakan untuk tempoh yang lama.

RM 40.00/unit
(Penghantaran percuma)

No comments:

Post a Comment